Assalamu'alaikum.
Halluuuuuu, minggu ni macam hari hari jee aku keluar. Hehe.
Senin haritu, aku bawak makngah dengan tokcu pi kedai tudung dekat bangunan mara tu, pastu diorang nak minum petang, aku bawak je laaa. Sampai je rumah aku terus baring, letih! Pukul 6 macam tu pakngah dah nak balik dah, aku pun terus gerak ke mydin beli apa yg patut. Dah settle terus balik rumah lah kan. Hihi.
Selasa pulak, dekat 7 jam aku meluangkan masa dengan mama, baby dgn diknor. Pepagi tu mama dah call, aku terus lah pi mandi siap semua, terus pecut pi rumah dia. Sampai je, aku masuk laa pastu terus pergi Wisma Persekutuan tu sebab diknor nak buat ic. Kejap jee, sbb kitorang hebat. Haha. Dah sudah tu bawak mama pergi family store semua beli barang, pastu terus lah balik rumah dia. Aku ingat nak terus balik je, tapi mama suruh makan tengah hari sekali, sbb taktau nak cakap taknak, aku pun okay je la. Baby pulak macam rindu sangat je dekat aku. Hahaha perasan gila en? Dah sudah makan tu, aku mcm taktau pulak mcm mana nak cakap nak balik? Aku pun duk je laa layan baby, tengok tv, siap baring semua. Last2 dalam pukul 3.30 cemtu aku tgok phone ada misscall nyot, aku call la, pastu aku terus cakap nak balik. Hihi. Malam tu pulak aku pi melepak dengan paiq wanie anep. Sesampai rumah aku terus tidur sbb suara aku dah hilang -.-
Rabu pulak, keluar bersama kengkawan tercinta, nyot tee chaa hanin mot keyra chaq dan juga adik chaq dan wawa. Hihihi. Tujuan asal nak sambut bday hani lah sebab khamis tu bday dia. Sampai je kitorang terus pergi pizza, makan. Dah sudah, terus naik atas, berkaraoke pulak. Dapat bilik besar bhai! Gayat siot aku first time masuk bilik karaoke bebesau cemtu. Siap boleh bebaring lagi. Memula tu aku macam taknak nyanyi sbb suara takde en, last2 aku bosan aku melalak gak, nasib baik time tu keluar lagu yg rancak. Haha. Pastu nak balik tu aku boleh bedal each-a-cup pulak. Haa kau suara mmg kalah la ramli sarip. Hahaha. Pastu bebudak ni beli barang, terus balik. Sampai umah aku terus tidur je. Hehe
Khamis pulak, harini lah en. Aku pergi kenanga dengan mak aku. Sbb abah ada kerja dekat kl, so kitorang berjalan laa, dapat 2 pasang baju raya, pastu ada banyak jugak la aku beli shawl kosong, pastu beli tudung bawal yg bercorak2 tu. Mak dah pening je layan aku semua aku nak. Haha. Oh aku beli kemeja dgn skirt labuh jugak :p Muehehe. Terima kasih mak belanja na harini dan abah sbb bawak na dan mak pergi kenanga. Hihi.
Ni esok nak pi mana ntah dgn akak aku pulak, sbb dia cuti kan. Sedih tak dapat tengok epic :( Pastu abah pulak tak confirm balik tapah bila. Kalau balik ahad boleh keluar kejap ke sabtu tu. Hihihi. Dengan barang pun tak habis pack lagi, haha. Dah siap asing, tapi malas nak simpan dalam beg :D
Whoaa panjang pulak cerita aku. #Kbye