New Semester.

Assalamu'alaikum. 

Hi there. Wassup?
Dah dekat 3 minggu dah naik sem baru. Balik haritu tak sempat nak update sbb internet problem. Sobsob. Rindunyaa dekat blog. Semester ni dapat bilik dgn Si Pendek, Si Buncit dan Si Tembam. And akhirnya dapat bilik bawah :3 Makin malas siot duk bilik bawah tu! HAHA. Tapi kengkadang bila bosan rajin jugak aku naik bilik Maira dgn Sufiya dekat atas. Hehe.

Azam sem baru. Banyak sangat azam, tapi macam tak tercapai jee -.- Hihi. Konon nak saving, nak fokus dalam class, nak makan megi je sepanjang sem, nak cukupkan solat, nak bangun awal, nak rajinkan diri dalam semua hal. Banyak lah azam aku, tp malangnyee, aku hanya mampu berazam.  T.T

First week tu je aku dah keluar tgok wayang. Niat asal nak tengok 'Now You See Me', tapi Din spoil, langsung kitorang tgok cerita 'Pee Mak'. Cerita tu best laa, Tak rugi pun tengok! :D Pastu Jumaat Sabtu Ahad tu aku pergi Langkawi. Mmg habislah kan duit aku. 

Second week pulak konon nya tekad habis lah taknak keluar dah. Sekali cerita 'Monster University' keluar. Mmg tak lah taknak tengok ennn. Habis lagi duit, HAHA. Dengan time tu nak berbuka, aku siap sempat beli makanan lagi dekat Tesco Kampar. Fuhh

Third week pun, haih. Niat nak pergi makan Domino dgn Zara je, pastu takkan nak keluar dua je en? Ajak la Es dgn Cher. Naik kereta sewa. Haa, lepas tu kitorang main archery lagi. Fuhh habis duit, habis! HAHA. 

And sebabkan third week ni tetibe khamis jumaat class cancel, and modul hari sabtu pun cancel. Aku terus balik rabu malam tu, tidur rumah zara sbb sampai dah pukul berapa, hehe. And here I am. I'm homeeeee peopleeee! Eksaited macam dah sepuluh tahun tak balikss. Muehehehe

#Kbye